Monday, September 13, 2010

raya ke-4 bersama mereka

hari ni memang sepatutnya ada konvo pegi beraya rumah cikgu sekolah rendah. niat aku? harusla tak nak pegi. tadek orang nak hantar. sepupu aku ade, sama kelas dengan aku time sekolah rendah. tapi dia lelaki. takkan la aku nak naik dengan dia. lagipun dia naek kete kawan dia yang juga classmate aku time sekolah rendah.

maka, minda di-setkan-- tak nak pegi. tepat pukul 11.15 pagi, tetibe kazen aku tu datang umah aku sekali ngan kawan dia tu, ajak aku pegi. haiyya! takkan la nak pegi naik kete sorang2 perempuan? ish! tak pernah aku buat camtu. makanya, berterus terusan la kazen aku tu pujuk. malu la nak naek kete sorang2 pempuan...

"takpe.. aku kan ade.."

haha.. macam gentleman la pulak. kawan yang duk dalam kete tu pun keluar jumpa dengan mak aku. mintak permission. hadoi...

5 minit je siap siap. then, terus pegi beraya. rumah pertama, rumah teacher. kawan2 sama batch darjah enam sume dah sampai.

"eh! nisah daznyte dah sampai!" haiyyo! ni semua pengaruh fb- nisahdaznyte nisahdaznyte.

aku? startled. lamanya tak jumpa diorunk ni! last jumpa time skolah rendah. excitednye..!

dah dah. jom kite beraya~!


tada! rumah cg zahari. cikgu math aku.. tak sempat bersiap ke cg?

ha.. siap berjubah putih cikgu aku ni ha.. apsal ramai yang tadek lam gambar?

ni dekat rumah cg yusuf, cikgu sains.

semua ni kawan kawan sekelas darjah 6. manis je...

mereka sangat happening. suke tengok gelagat sengsorang duk sakat cikgu. cikgu azimah, cikgu yang ajar bahasa melayu. cikgu azimah nanges. terharu sebab walau kitorunk dah lama tinggalkan sekolah, tapi still datang beraya, still bersatu duk konvoi umah cikgu, still tak lupakan cikgu cikgu sekolah rendah. kami memang bersatu cikgu!

ni semua jasa pengarah program reunion dekat kuala ibai ritu- aiman dengan syukri which is my cousin. time tu aku tak pegi sebab terlibat dengan aktiviti uni. pengarah program konvoi raya kali ni? athirah- very talkative person. mesra orangnya. alaa.. pendek kata, semua kawan kawan aku ni sesuai dibuat menantu. haha..

dalam reramai tu, tiga orang dah bekerja. sorang kerja dekat petronas, sorang kontraktor- dah ade projek puluhan ribu, sorang lagi ustaz dan nak sambung degree pasni. hebat2..

lepas ni nak buat gathering lagi. tapi aku tak tau aku dapat join ke tak. jadual padat sampai akhir bulan 12. pape pun, terima kasih dekat semua pihak. hari ni memang besh!

p/s: nak mahirkan bawak kete sendiri pasni.

2 comments:

Unknown said...

hehehe..nak cari bunga sekuntum buleh?

Nisa said...

aeh.. boleh~
jual! jual!

Related Posts with Thumbnails