Sunday, August 22, 2010

pagi~

dear bloggy...

banyak sebenarnya yang aku nak bercerita. start pukul 8 malam tadi. tapi banyak yang aku dah lupa...

sekarang ni dah masuk pertengahan bulan ramadhan kan? awal ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya itu pembebasan api neraka. dan sekarang kite dah berada di pertengahan ramadhan. sekejap je rasenya. tapi yang agak terkilan, 2-3 hari masuk ramadhan je dah ada yang pasang lagu raya. betapanya tak sabar nak tunggu ramadhan abes.

tetibe terasa macam tak adil buat ramadhan. bulan2 laen macam tadek sape pun yang kisah bulan tu datang ke tak. tapi ramadhan? ramai yang macam nak bulan ni lambat tiba dan cepat abes. oke. aku pun pernah terjebak dan faham perasaaan itu. tapi sekarang? dah tinggal berapa hari je lagi bulan ni nak tinggalkan kita. sempat ke tak lagi kita nak jumpa ramadhan yang akan datang? cukup ke tak kita kutip bonus yang Allah janjikan?

bila ingat balik zaman sekolah menengah, betul kata ustazah;

"masa sekarang la awak semua nak menghafaz, nak membaca, mendalami ilmu ni. nanti bila dah masuk u, dah keje, dah berkeluarga, awak tadek masa dah. sibuk dengan hal sendiri. awak tak rasa lagi. nanti bila awak dah ada kat tempat saya, baru la awak faham ape yang saya nak gtau ni"

setuju itu. tapi ni baru bergelar mahasiswi. tapi dah terasa beban. terasa sibuk. jauh bezanya iklim dini kat sekolah berbanding kat sini. setiap pagi di sekolah macam dipaksa beratur, bacaan asmaul husna, mengaji sesame. kekadang tu terasa macam tak ikhlas. ye la.. pagi kul 6.30 dah gerak dari rumah pegi skolah. balik pukul 4 ptg, kadang2 pukul 5. kul 8 pulak pegi tuisyen, balik kul 11 malam. balik2 je, kne siapkan homework. penat.

tapi sekarang, baru terasa kemanisan saat-saat tu. rindu sangat. sampaikan di facebook, asalkan ada yang upload gambar time sekolah menengah, semua komen positif-- walaupun dulu memang kutuk kaw2 sistem disiplin sekolah. mendidik secara rohaniah itu lebih efektif dari jasmani kan? ingat lagi ustazah cium dahi tiap2 kali lepas kelas pendidikan syariah islamiah. tu zaman form 5.

syahdu...

motivasi tak pernah lekang dari mulut setiap cikgu2. tapi kat u? diri sendiri la kena cari alternatif untuk ke arah itu. kena kuatkan semangat. itu la pentingnya bersahabat. =)

bloggy, sampai kat sini je la dulu. minggu depan minggu yang penuh cubaan dan ujian. moga sukses hendaknya...



wawawawa~


haha.. tetibe jep. entry ni macam ais je. sejuk. oke2.. yip2 horep! lagi skali~ yip2 horey!
jangan tegang2. jangan emo2. jangan tension2. wajib cheriya!! ^_^

p/s: tetibe je dpt mesej maksud ayat al-baqarah: 216. ye. memang betul. jangan terlalu membenci sesuatu. tapi saya tak benci pun. tak pernah. tapi itu keputusan saya. cukupcukup la tu... =)

Related Posts with Thumbnails