Friday, August 20, 2010

oh shawl!

sekarang ni sume orang tengah demam dengan dunia shawl.. ke aku je? tak kesah la. tapi perubahan drastik sangat ketara yang dapat aku simpulkan terjadi kat diri ini. rasanya aku bukanlah peminat fanatik shawl2 nieh. tapi mungkin faktor persekitaran kot.

seingat aku la kan, dunia belit membelit tudung ni stat zaman matrik. aku nak pegi cafe pun duk belit belit. erk! tercekik! haha.. nak jemur baju kat ampaian kat blakang blok pun aku duk men lilit lilit tudung. bukan pe, senang dan cepat. tak payah pakai brooch. maen selit je. lagipun sape je yang ade kat blok siswi kan? kat cafe pun berapa kerat je pelajar siswa? jadi, macam biasa, perasaan malu untuk bertudung sebegitu adalah kurang. time tu macam aku ni pelik je. tapi tak kesah pun kan? dan tadek sape pun yang kisah.

tapi kat u sekarang? aish! terasa agak segan. dan sekarang, mood untuk mengumpul shawl2 yg colourful dan comel2 mula bertambah. mood je yang bertambah oke. tapi nak kluarkan duwet tuk beli tu, selalu dalam perancangan. ye la kan, duk u ni mane aku pakai tudung senggitu. haha..
nonono... malu la. sebab? ntah. tadek jawapan kot.
lagi satu, aku ni jenis tak reti nak bentukkan tudung tu. memang selalu senget benget dan selalu kembung + kembang. pompuan je yang faham situasi itu. dan lagi satu, aku ni jenis pakai tudung kadang2 tak tengok cermin. sampai lab baru la terkial kial tengok kat cermin hitam lab/ kelas tu. lagi senang kalo fuh! fuh! je tudung kat atas. dah terbentuk dah~

sekarang mungkin kot skill kemaskan tudung bertambah 1%. sebab ada kawan yang baru aku add kat facebook tinggalkan message--

"thanks for the add. btw, awak ni sape eh? awak kenal saye?"

punyalah syahdu soalan. waa! kecik ati! sampai ati tak kenal aku. bukannye lama pun tinggalkan zaman form 5. last2 dia gtau-- aku sangat lain sekarang. =.=


ni mesti kes antara aku dan tudung sekolah. aku memang comot kot zaman sekolah menengah. tak reti la nak lipat2 tepi tudung. tak reti nak cantikkan bentuk tudung. dan aku biarkan aje macam tu- senget + gelembung macam air bubble. tapi seb baek la kawan aku tu merangkap ketua kelas noticed me. dan? dapat pujian~ yes! yes!

aku rasa macam dah lari topik ni. oke2. sekarang saya mahu mengintai2 lagi blog blog yang menawan itu. canteq~ tapi ada certain shawl yang pelik. aku pun nak gelak bila tengok. kadang kadang jangan terlalu mengejar gelombang peredaran shawl. ikut perkembangan tu boleh, tapi jangan over.. ^_^

p/s: suke sangat tengok mereka yang bershawl. kemas. tinggi mutu gaya keunggulan. untuk aku pakai sebegitu di u, peratus itu adalah sifar. tak nak. pakai time jjalan ngan bonda ngan ayahanda je.. =)
Related Posts with Thumbnails