Sunday, August 15, 2010

hold my hand

tajuk entry disebabkan mengikut lagu yang tengah di-play.

hari ni hari yang cheriya~ ^_^ banyak kerja yang dah hampir siap. ditekankan lagi sekali. hampir. ye? ape? iyye~! h.a.m.p.i.r siap. yang tinggal tu 1-2 proposal yang langsung tak sentuh. sempat lagi. jangan rush sangat k? rileks dan steady..

sebenarnya keceriaan ni menjadi terlalu obvious bila mana dapat kol bonda. rindunya kat bonda. sempat lagi kan nak beremosi bila bercakap ngan bonda. habuk masuk lam mata kot. tapi lagi beremosi bila nanti mungkin raya haji tak dapat nak beraya ngan bonda dan ayahanda. mintak mintak bonda ngan ayahanda dapat pegi. tak dapat nak bayangkan bila tiba hari tu. macam mana aku nak berdepan ngan nenda nanti. waa.. sayu kot bila fikir hal tu. nanti kompem ak tak dapat nak berlakon lagi dah. haesh...

semakin lama, perasaan nak balik tu semakin kuat. banyak yang aku nak cerita, nak kongsi ngan bonda tentang hal tu. tapi mungkin saat tu belum tiba lagi. bonda... senyum bonda menenangkan hati. tawa bonda menghiburkan. marah bonda bawa pengajaran. tangis bonda takkan aku bagi ia menitis.

ayahanda? teman rapatku. banyak yang dikongsi. tak marah bila aku kutuk tulisan ayahanda buruk. senyum bila aku gtau ayahanda time muda2 tak ensem. ayahanda gelak bila aku conteng buku akaun. ayahanda selalu ucap terima kasih bila aku tolong iron kan baju melayu. ayahanda puji bila aku masak biarpun ape yang aku buat tu tak sedap.

sepanjang bulan ramadhan ni, tak pernah sekali bonda terlepas dari kejutkan aku. 4.30am.
"dah bangun ke belum ni? sahur..."
animation flying love-- i love you kat screen enset time bonda call dah cukup buat hati ni gembira.

nak balik...

ish! sabar2 la. hurm.. balik raya 4 hb. orang len dah balik 2 hb tu. xpe... pegi u nanti aku beli tiket hari isnin. hamek!! 3 kelas aku skip nanti. har3! alaa.. tiket abes la. -alasan2-

oke ye bloggy, nak sambung keje ni. doakan aku rajin, istiqamah, cekal, gagah perkasa tuk buat documentation ni. lagi satu, moga ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan tahun lepas. amin!

p/s: tadek note.
Related Posts with Thumbnails