Sunday, August 15, 2010

salam ramadhan...

hari ni dah masuk 4 ramadhan. sori eh bloggy, tak ter-wish kat sini. kekangan masa mungkin. salam ramadhan ye bloggy~~

tetibe je kan terbangun kul 2.30. ni gara gara vibration enset. tu pun dah cukup nak kejutkan tido aku nieh. sehari dua ni macam takut nak tido. takut tido pastu tak bangun bangun dah. ape la yang aku fikir ni. ye la kan, ajal maut kita tak tau. mungkin ni ramadhan terakhir untuk aku? sape tau kan?

sesekali terfikir lagi peristiwa 10 ramadhan tahun lepas. sikit pun bonda tak beritahu aku. bila aku balik raya baru aku tau berita tu. tu pun aku dapat tau dari kazen aku yang umonya 4 taun. beriye2 dye duk cerita. bonda diam je. ye. aku tau bonda tak nak aku risau. tapi rasanya aku pun berhak tau semua ni. haesh.. bonda.. bonda.. pandai betol simpan rahsia. ayahanda pun sama. tapi tak pe la. yang penting, ayahanda dan bonda selamat.

dah 3.30 pagi. tak boleh nak buat iyey! iyey! kat blog ni. dan saya tak suke itu. kesihatan tak mengizinkan mungkin. sekarang ni, aku memilih untuk memerhati. sebab kadang kadang apa yang terucap tak sama dengan perbuatan. dan satu lagi perkara yang buat aku tersedar- sebenarnya ada seseorang yang lebih faham dan kenal diri kita lebih dari kita kenal diri kita sendiri. dan itu aku tak dapat nak berselindung lagi.

p/s: tetibe je dapat job baru-- jadi alarm tuk miskol kejutkan orang sahur. oleh itu, kepada yang berkenaan, sila sediakan duwet raya untuk 'aye' ye.

Related Posts with Thumbnails