Thursday, June 17, 2010

penyakit atau sekadar gejala?

-awas! entry kali ini sangat panjang!-

***

sekali lagi aku singgah selepas mendelete entry yang penat aku taip taip dengan penuh emosi. kadang kadang tak best kalau nak beritahu apa yang tersimpan dalam hati kita kat tempat yang seluruh dunia boleh baca. oh! saya kurang selesa disitu ye...

malam ni sekali lagi angin bosan datang bertiup sepoi sepoi bahasa. cuma aku disini nak habiskan masa untuk tak laen dan tak bukan untuk...... menaip la!. nak letakkan apa yang aku selalu fikir kat sini. dah xmo membazirkan urat jari jemari ini, maka, inilah dia apa yang ingin ak taip sebenarnya ~~~

***
penyakit yang selalu datang dalam diri aku ni ialah bila kali pertama kenal orang, tanye dia lahir bulan berapa. motif? kira nak jadi ahli nujum ah... nak bace orang. tapi kadang kadang tu betul kadang kadang tu tepat. nak kata salah tu..... susah. tapi langsung salah tu sentiasa ada. tapi kalo seratus persen betul tu tak la jugak. tapi hampir la ke angka seratus tu. sebahagian orang tu pulak susah nk detect perangai sebenar dia. sangat2 licik bermain ngan body language dan kadang tu mereka ini sangat fleksibel ngan persekitaran, umpama belut dalam kolam. merepek? haruslah ak merepek. sori ye. ok ok... aku teruskan.....


1. bulan 1: slalunya matang. tapi kadang kadang tu tak pun. mereka ni biasanya pendiam. haruslah ak percaya tapi sebenarnya salah. mereka ini sangat hu ha hu ha. pengalaman? ye. sorang tu rumet ak. punyalah ayu. tapi skali gelak, haaa... hamek ko! bley terpacak rambut orang yang dengar.
pengalaman kedua masa kat sekolah menengah. ketua kelas. sopan santun orangnya. suara langsung tak pernah kuat. tapi rupa rupanya dia jadi ketua platun kadet bomba! . suara dia... whoosh! satu batu bleyh dengar.
--> tiada jawapan dari rumetku.

2. awal bulan 3. sori to say la kadang kadang orang bulan 3 ni agak nakal. ye. nakal. mungkin perangai tak matang atau seangkatan dengannya.
--> melalui fakta dan pengalaman seorang rumetku. ini bukan pengalaman aku ye... sila jangan marah daznyte.

3. bulan 8. ha! yang ni paling aku suka nak bercerita berdasarkan pengalaman yang pernah ada dan pengalaman artis artis. orang bulan 8 ni kan, biasanya cantik, menarik kau memang da bomb! mereka sukakan kecantikan. sila cari rakan rakan anda yang lahir bulan 8. anda akan percaya dengan fakta ini. juga ramai artis dan mereka yang muncul di kaca tb yang lahir bulan 8. sila google kalau anda tak percaya.
--> juga fakta dan pengakuan dari seorang rumetku.

4. bulan 5. ini bulan kelahiran bondaku yang tercinta~ . berhati hatilah ye bila berdepan dengan orang bulan 5 ni. kejituan dan kepersisan mereka dalam menghidu gerak geri orang sekeliling mereka sangat tinggi. sila bersedia dengan kelengkapan, andai gf/bf anda lahir dalam bulan ini. jangan cuba curang ye kerana dia tahu itu. padan muka! sape suh pilih orang bulan 5... =p! (tapi saya tak bermaksudkn ini kepada ayahanda...... itu jodoh ayahanda saya. saya sayang bonda saya... hehe)
--> rumet aku pun angguk tanda setuju dengan fakta ini.

5. bulan 9. ini orangnya yang agak aneh. pelik sedikit. klo ak jumpe orang yang ak tak tau nak agak dia lahir bulan berapa, biasanya dia ni lahir bulan 9.
--> tiada tindak balas dari rumetku.

6. bulan 11. mereka ini biasanya mempunyai daya tarikan yang sangat tinggi. walaupun mereka biasa biasa je. ini bulan kelahiran ayahanda tercinta. ayahanda sangat menarik, ensem, comel, berwawasan, gagah perkasa, seorang wira... err.. aku rasa dah cukup kot.
---> rumetku bersetuju.

7. bulan 12. entahlah. sesiapa yang lahir dalam bulan 12, sila jangan rapat sama aku. mengapa ya wahai daznyte? kerna, daku ini tidak bisa mendekati mereka. kerna? kerna mereka ini amat pro dalam mereka cipta lawak yang unggul. hilanglah ayu daznyte kalau asyik gelak je. kan kan kan?
--> next!

8. bulan 2. ha!!!! ni bulan yang paling besh aku nak bercerita. haa.. jagelah! biasanya la kan, mereka ini mudah sangat marah. tapi mereka mudah dipujuk. kalau dia kata A, jangan sesekali kata salah walaupun memang terbukti dan menjadi fakta bahawa itu adalah B. mereka ini juga sangat nekad dan tekad orangnya. maaf ye. saya kurang pasti apa beza tekad dan nekad. next! ok ok. kalau dia kata dia akan buat itu, ini, dia akan buat. mereka amat pandai memujuk dan suka dipujuk. sangat2 bley menjadi pemimpin. perangai sukar dijangka. sangat berdisiplin. pandai berinteraksi dari segi perasaan dan emosi.
--> rumetku tersenyum bangga.


bulan bulan laen tak dapat aku buat kesimpulan. mungkin kurang bahan bukti dan tiada kesempatan untuk berpengalaman. juga aku nak kongsi sesuatu yang mungkin pelik tapi mungkin tiada kebenarannya.

1. pemakaian jam.
tangan kanan: kalau perempuan yang pakai jam tangan kanan, mereka ini biasanya lasak dan sangat detail. suka kekemasan. kalau lelaki, mereka ini lebih nmpak kelelakian- menurut kata sahabat. itu saya xpasti ok.

tangan kiri: pempuan yang pakai jam tangan kiri biasanya lebih nampak keperempuanannya- menurut pembacaan. kesahihan itu tak dapat dikenalpasti. bukan juga nak puji diri sendiri. kalau lelaki yang pakai jam tangan kiri, mereka ini biasanya rajin dalam aktiviti ke-rumah-an. suka berkebun, memasak, kemas rumah.

ayahanda kadang kadang tangan kanan, kadang kadang tangan kiri. mksdnya? lelaki sejati yang suka aktiviti kerumahan. ada ke lelaki macam ayahanda skang ni? susah nk cari. untung bonda~ ♥

2. ini pula fakta tambahan juga dari seorang rumetku. aku hanya menaip je ok? kata rumetku yang comel itu, lelaki yang suara macam sedap dalam henfon biasanya kurang dalam tatarias wajahnya. dan lelaki suara yang macam kemek, tak sedap tu biasanya menyenangkan hati untuk dipandang. apakah? entah. aku hampir tiada pengalaman dalam hal ini. untuk keterangan lebih lanjut, sila berhubung dengan rumet saya ye.

3. satu lagi pengalaman dari seorang teman lama. dia dah lama mengkaji sudut dan aspek handwriting seseorang. katanya tulisan tangan seorang pempuan yang bila dipandang sangat kemas, cantik, satu persatu, biasanya mereka itu... tak pe lah. tak nak mention kat sini. ha! tapi dia kate, kalau tulisan pempuan tu burok, terabur, selekeh, kotor, biasanya perempuan itu cantik, menawan, anggun bergaya dan memang whoaa la! . aku rasa dia nak puji diri dia sendiri kot. tak dapat puji tulisan sendiri la katakan... hehe

kesimpulan? semua ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan dalam menangani masalah remaja. segala maklumat ini hanya sekadar perkongsian. kami se-roomate mungkin satu kepala dalam hal ini. maafkan kami. kami bukan sengaja mahu mencari dan membongkar rahsia. segala perkongsian ini jangan percaya sangat. sekadar perkongsian. ape? ye... perkongsian. ape? ye... skali lagi... perkongsian.

andai ada hati yang terguris pilu bila terbaca entry ini, daznyte mohon kemaafan. andai ada yang bangga sambil terbang tak terangkat, daznyte tumpang senyum je... ^_^



p/s: miss sngt2 kat ayaiyai (alpha) lam cite power rangers tu. sori ye ngan gambar2 yang tadek kene mengena ngan entry....

No comments:

Related Posts with Thumbnails