Thursday, February 23, 2012

kisah cinta sang pencinta.

ye. kali ni ak nak sentuh bab cinta sepasang kekasih. cinta pasangan manusia.

# alkisah si teruna dan si dara..

Berjumpa di taman bunga, menyemai kasih, menyemai sayang, menyiram pohon cinta berdua mengharapkan kuntuman bunga mekar mewangikan hati yang mengimpikan bahagia. Romantiknye...

Lalu, berbekalkan niat yang murni, maka si teruna tekad, menikahi si dara. Bagi si dara, hati dara mana yang tak terusik bila niat suci diutarakan oleh pangeran cinta? Perasaan terasa terbuai, terasa dihargai, terasa disayangi. Mak Ayah? Takpe. Kawen dulu. Nanti gtau la kat mak ayah..

# alkisah suami dan isteri..

Si isteri tak pernah menunjukkan penat menjaga makan minum dan pakaian suami dan anak anak. Si isteri redha ditinggalkan suami berhari hari disebabkan suami keluar mencari nafkah. Rengekan anak kecil yang rindukan belaian ayah ditatang penuh sayang di dakapan si ibu. Pujukan ibu yang redakan tangisan si anak. Pujukan ibu yang diamkan si anak untuk memaksa dalam rela tugas si ayah yang dalam keterpaksaan meninggalkan keluarga mencari sesen nafkah.

Si suami pula? Dalam keterpayahan terpaksa menahan beban rahsia. Rahsia antara permaisuri hati dan ratu cinta. Bukan bermaksud menduakan cinta. Tapi, hati lelakinya yang menginginkan. Dari berlakunya perkara haram, eloklah seandainya dia mengambil ratu cinta sebagai isteri yang sah. Itu percaturan yang difikirkan si suami. Menjaga dan berahsia.


#Dua situasi, satu cerita#
*tukar mode*

Cinta. Kalau remaja, wajib terbayangkan si dia yang berlainan gender. Itu secara umum. Yela, lelaki dan perempuan memang ditakdirkan bersama? ye? betul.. dijadikan untuk saling melengkapi. Semua tahu perempuan dijadikan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Dan lelaki, 9 akal dan 1 nafsu. Penunggalan akal bagi perempuan dan nafsu bagi lelaki membuatkan kecenderungan melebihi yang 9. Bilamana yang satu itu terdidik, insya Allah, yang 9 akan automatik terdidik. Jadi, lelaki yang soleh akan mendidik 9 nafsu wanita dengan 9 akalnya yang terdidik dengan ad-din. Begitu juga dengan wanita solehah yang mampu mendidik 1 nafsu lelaki dengan 1 akalnya.

Berbalik kepada tajuk.

Cinta itu indah, suci. Dititiskan Allah rasa cinta kepada insan yang Dia sayang dan terpilih sebagai tanda kebesaranNya dan juga.. sebagai satu ujian. Sekali lagi, ak taip ni untuk nasihat dekat diri sendiri, cinta itu satu ujian. Tak kira la cinta, sayang kat kucing pun. Tu pun ujian. Dah sayang sangat kan, kalau kucing tu mati, bila kita anggap tu satu ujian, tak la nak nanges sepanjang hari. Kan?

Bagi ak sendiri, ada cinta sebelum kawen. Cuma, perlu diatur, disusun, dijaga dengan sebaik mungkin. Jangan jadikan cinta sebelum kawen sebagai racun pada hati yang inginkan pendamping. Menginginkan pendamping itu lumrah.

Bila dah suka kat seseorang, bagi lelaki, beritahulah keluarga. Andai keluarga tentang selepas utarakan siapa si dara, terimalah dengan redha. Ada hikmahnya. Dan bagi si dara, tiada harta yang bernilai selain kehormatan. Jaga maruah, nilai diri kita. Jangan bagi tercalar walau sedikit. Siapkan diri dengan ilmu dan agama untuk suami nanti. Andai diri pernah jatuh, bangkit dan perbaiki diri. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang. Kalau kita rasa kekasih kita sayang kat kite, Allah sebenarnya laaaaagi sayang kat kita. Jadi, siapa yang kita patut sayang sebenarnya?

Bila mana berkahwin tanpa pengetahuan keluarga, hati pertama yang terluka, semestinya ibu kita. Sanggup ke kita tadah air mata ibu kita? Takkan sedetik pun tak terasa pedih di hati kecil bila ibu kita, mak kita menangis?

Membina masjid itu sangat suci. Bila mendirikan masjid, hitungkan dulu berapa kukuh tiang yang nak kita bina. Dari bahan apa yang kita nak siapkan masjid kita. Pastinya mendirikan sesuatu yang tak ternilai harganya datang dari sumber yang diredhai dan diberkati. Bila mana tapak bangunan yang dibina tak kukuh, tak mendapat redha insan yang utama, mampu tak untuk membina tingkat yang menjulang tinggi?

Bagi suami yang menduakan cinta isteri? Mana pergi ungkapan i cintakan u hingga nafas i yang terakhir? Tapi mungkin la betul kot sebab dia still cintakan isteri dia tapi terpaksa berkahwin lain sebab hati terpikat dengan gadis berkulit putih. Gebu. Ingatlah sang suami, isteri itu anugerah Allah. Jagalah dia. Itu amanah. Hati perempuan mudah terjentik bila mana suami tercinta membuka hati untuk perempuan lain. Fitrah sang pencinta mencintai yang satu. Fitrah insan yang mencintai bila cemburu. Dan ingatlah.. takkan tak terdetik cemburu bila mana di syurga nanti si isteri yang cantik mengalahkan bidadari syurga dilamar oleh hamba Allah yang tingkat imannya tinggi melangit?

Bagi ak sendiri, perkara ni mungkin bermula sebelum berkahwin lagi. Sekiranya kita benarkan lelaki sentuh diri kita yang masih belum halal buat diri dia, tak mustahil nanti bila dirinya sah bergelar suami kita, dia berani menyentuh tangan perempuan lain yang tidak halal bagi dirinya.

Nak mengubah orang lain susah. Semuanya sebenarnya bermula dari kita sendiri. Bagi perempuan, terutama diri ak sendiri, kita ada hak memilih siapa suami kita. Yang penting, bila kita memilih jalan menjaga kehormatan diri, insya Allah kita akan temui seseorang yang sedang berada di jalan tersebut. Alaa.. ibarat kita nak pegi KL, guna highway. Kalau kita pilih highway berturapkan iman, mohon diizinkan Allah, kita bertemu dengan insan yang sama memilih jalan tu.

Hati dia milik Allah. Hati kita pun milik Allah.. Semoga Allah yang temukan hati hati ini yang dalam perjalanan mencari cinta Allah.

Sebelum ak menitik noktah, ak nak sangat sarankan mereka yang akan berkahwin ataupun dah berkahwin atau yang tengah hangat bercinta bak cinta bulan madu, untuk baca buku 'sebarkan cintaMu' karya Fatimah Syarha. Lembut susun atur penulis dalam mendidik hati remaja berkaitan cinta. Suke!

Untuk penutup, tetiba je macam skema kan? hoho.. oke2. Ak nak akhirkan entry kali ni yang panjang berjela jela dengan ayat ayat ni..

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.

dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.

dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,

kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.

dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,

kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya

dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,

kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,

kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~


(dipetik dari Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)


p/s: kisah di atas adalah kisah benar. Bukan ak nak mengaibkan mana mana pihak. Cuma untuk peringatan bersama sebelum kita jatuh tak tersedar. Sama sama kita baiki diri.

No comments:

Related Posts with Thumbnails