Thursday, September 22, 2011

facebook: baru

kali ni ak nak buat post pasal facebook yang terbaru ni. rasa cam nak tinjutinju je kat facebooo~k. geram. user dah macam tadek privacy. segala apa yang kita buat, orang lain boleh tahu. yela, kalau sebelum ni, memang jarang sangat ak update status. yang ak buat, tengok update ICT group dari universiti. pastu tengok berita, update dari blog dan update link link yang boleh la diguna pakai untuk hari hari. k-pop news? ah-ha! itu pun tersenarai dalam update ak. lalala~

semua benda ak off termasuk la gambar-gambar. yela, sebelum ni pun ak cam bebas duk tayang gambar yang besar besar tu. lepas kena ceramah bagai dari insan insan tertentu, maka hati ini redha terima. jadi ikut je la nasihat orang kan. ada la jugak rasa nak marah sebab.. tah. tak tau sebab ape ada rasa nak marah. tapi sekarang ni dah akur la. kalau nak upload pun, letak gambar kecik kecik. peace!

sekarang ni, segala macam yang kita komen kat orang lain, orang lain boleh baca. oke. macam rasa diri ni sentiasa di-stalker biarpun tadek pun orang nak stalk2 kan? bajet adeee. perasan. oke. mungkin la perasaan semacam itu ada. tapi sebenarnya..

tak selesa.

bila semua berita, tingkah laku kita diambil kira oleh? ye, facebook. mungkin la bukan mark zuckerberg yang- "eh! dia komen kat orang ni~ nak share la apa yang dia buat kat a whole world~". mungkin tak macam tu, tapi programmer programmer dia yang dah buat macam tu kan?

rasa macam nak deactivate je facebook ni. tapi.. takleh takleh. sebab nak men game~ lagipun, ni je medium paling sesuai nak update dengan kengkawan. yang jauh didekatkan, yang dekat kita jauhkan~ oke tak. tu ape yang ak selalu duk sebut time darjah satu. pepandai je ak tukar trade mark incik aziz desa, rancangan jejak kasih.

berbalik kepada topik. nak je ak update status- tak suka facebook baru. tadek privacy! dan nak je ak tekan dalam dalam exclamation mark tu. tapi, macam tak perlu je kan? walaupun ada yang beritahu, status kita, tak payah nak pedulikan kata orang lain. ye. tau. tapi.. segan la nak update bukan2. tapi! kalau orang update benda benda yang menarik, rajin je kan ak taip taip mencelah nak komen. lumrah~ har3!

puas dapat taip rasa hati kat sini. nak taip kat facebook kang... wajib wajib la tak cukup nak isi dalam kotak "What's on your mind?". siap boleh letak lokasi lagi kat situ. boleh je nak buat lokasi ak sekarang dekat denmark.

3 kali ak taip perkataan 'mark' dalam post kali ni. bukan anti dekat facebook tapi, i need my privacy. lalu mereka pun berkata... sila la buat laman sosial anda sendiri ye? hehe.. ye.. ak tak sehebat mark. oke. jadi, sila la ak diam.

dah dah.. nak sambung men the sim pulak ni. arriibaaa~~ mekasih kat mark gak sebab kerana dia ak boleh main game besh... ^_^

p/s: bukan mudah nak kata 'ye'.

1 comment:

Jαnnαhツ said...

urm.... fbook makin pelik..

Related Posts with Thumbnails