Saturday, August 20, 2011

sehari hari.

macam tadek life je li ni. ye la, kalau weekdays pegi kul 8, balik kul 5.30, sampai rumah kul 5.45 camtu, mungkin lagi lambat. weekend pulak, pagi duk terperap dalam bilik, petang duk terperap dalam bilik, malam pun duk terperap sebelum nak tido dalam bilik ni.

sebab? punca?

kalau weekdays tu ye la kan sebab pegi company. kalau bosan pun maybe la time kat ofis tu je. bila balik, dah nak kul 6 camtu. mandi smayang sume, dah malam. bila dah malam, tido je la. macam tu la rutin harian 5 hari seminggu tu.

bila weekend, pagi petang siang malam duk teragak agak nak kuar bilik. ye la kan, rumah sewa. risau takut ganggu tuan rumah. nak la kan bagi space kat dorang satu family. kalau weekdays tu macam bizi pegi keje, hantar anak pegi nursery. time weekends je la kan nak duk sesame anak isteri suami kan? jadi, segan la ak nak turun. jadi, terperap la jawabnya. ada la jugak turun tapi tuan rumah yang elok elok tengok tv tetiba tukar duk kat tempat lain. tak nak la macam tu. jadi, ak undur diri.. naik bilik buat hal sendiri.

duk dalam bilik pulak tak tahu nak buat ape. jadi, pegi la duk lipat lipat baju, cuci toilet, kemas almari. benda yang memang ajaib la ak nak buat. kalau jumpa lipas, ak kejar lipas tu sampai la lipas tu ak spray, mati, ha.. baru la puas ati. siyes. memang tak tau nak buat pe.

nasib baik la internet free. tu yang ak duk men game facebook 24/7 tu. lepas tu duk baca berita berita kat tenet tu. brita 3 4 bulan lepas pun ak baca balik. punye la kan tak tau nak buat pe. kalau nak kluar, ak nak kuar ngan sape. lagipun tempat ni ak tak biasa. kang klo kne culik jadi bibik sape yang susah? ak jugak yang susah. dah la tak tau nak mengemas. haesh!

waaa!!! bosannye! cepat la hari isnin.. cepat la hari isnin... nak keje.. nak keje..

beshnye kalau duk kat u. kalau bosan bley gak kan jejalan sampai kat pak gad tu. dah kira macam bleh tawaf satu u tu ha..

T_T bosannye.............................................

p/s: nak kol.

No comments:

Related Posts with Thumbnails