Sunday, February 20, 2011

pilih raye


tetibe dengar org bising2 semalam. ade ape nih? owh! manifesto. ha?! ade pilihan raye ke? siyes ak tak tau pape. patut la banyak mke2 yang familiar duk men add add kat fb. pastu ade yg add kat group 'sokonglah lalala~ '. mekasih sebab jemput. tapi... mintak maaf la dik. akak kluar eh dr group. tapi! hah! akak yakin nih! u all ley pimpin! tetiba je bersemangat.

serius aku tak amik port prk taun ni. status fb smua bercerita pasal kempen tak kira universiti mana pun. bagus diorunk ni. bukan ak tak update biarpun ni memang realiti tapi.. sejujurnya aku kurang sikit ngan politik ni.

bukan mudah nak pilih pemimpin. bukan sekadar beratur panjang, bagi kad matrik, klik klik, pangkah calon yang muka berkaliber dan keluar dari dewan. dan bukan juga bawak banner sebesar2 duk bersorak menyokong bakal pemimpin pilihan hati.

kata. lontaran idea. sampai bila?

"saya berjanji.."
"saya yakin.."
"saya akan..."

jangan mudah menabur janji andai nanti lupa dibajai. nah.. nanti jangan harapkan padi, lalang pun belum tentu tumbuh.

bakal pemimpin yang akan aku pangkah? down to earth. berpijak di dunia nyata. faham kondisi mahasiswa. tak menabur janji tapi berusaha memikul beban. sebab nanti, ucapan tahniah untuk mereka yang dipilih serupa ucapan takziah untuk mereka. tahniah kerana terpilih, menjadi tampuk kepimpinan mahasiswa universiti. takziah kerana terpaksa memikul beban amanah beribu insan.

lidah mudah melibas idea. tapi anggota belum tentu tangkas menggerak tanggungjawab.

selamat maju jaya tuk semua yang bertanding. yip yip horey!

p/s: cam xsesuai je perkataan 'german' tuk prk. dengar manifesto sejelas2nya dari bilik..

No comments:

Related Posts with Thumbnails