Tuesday, September 21, 2010

pelangi


pelangi. cantik dipandang tapi mustahil untuk disentuh. dekat terasa tapi jauh digapai. datang selepas reda kelamnya hari, muncul menjengah pabila picisan mentari menyuluh. menjadi penyeri dalam titisan hujan, memberi senyuman kala dinginnya siang.

sesaat muncul, mampu tenangkan hati yang ditikam perasaan. biar munculnya jadi hiasan. biar sinarnya jadi tatapan. miliknya hanya bingkisan warna. sisinya hanyalah titisan pilu awan. dia pergi bila redanya tangisan hujan. kerna dia yakin mentari yang terang mampu memberikan kebahagian dan kegembiraan kepada yang menunggu.

pelangiku yakin kan datang bila hariku suram dan perginya walau tak kuinginkan bila langit membiru.

p/s: pelangi petang.

5 comments:

Unknown said...

nisah jiwang!!!!!werkk

Darkangel said...

pelangi mmg sgt cantik =)

Nisa said...

apik-- ala.. mne de jiwang...

marissa-- kan? pelangi canteq~ suke!

Jαnnαhツ said...

kenapa jiwang pasal pelangi ni? sedih ke.

Nisa said...

hehe.. saje je nk buat psl pelangi..
hepi2 je ni.. ^_^

feeling time dngr lagu sudirman- pelangi petang.. hehe

Related Posts with Thumbnails