Saturday, June 23, 2012

oh hati~


Bilamana apa yang kita buat semata mata nak jaga diri kita, jaga hati kita, nak dapatkan redha Allah, insya Allah, Allah akan permudahkan jalan tu. Andai kata apa yang kita nak itu mendorong kita kepada sesuata yang haram, kuatkan iman, sabarkan hati, bulatkan perasaan dan serahkan kepada pemilikNya. Ak yakin Allah akan membuka jalan yang halal untuk kita capai impian kita. 

Dan ak yakin, segala usaha, segala pujukan hati itu tak sia sia di sisi Allah. Matlamat cuma satu, mendapat izinNya, mendapat redhaNya. Dialah al-Khaliq, yang menciptakan hati hati ini. Dan dialah al-Bari', yang merancang suatu kisah hidup setiap hambaNya. Dan Dia juga al-A'lim, Maha Mengetahui setiap detak bisikan perasaan yang inginkan keampunan dan rahmat dariNya. Semoga terciptanya hati hati ini tak sia sia dan semoga rancangan yang terbina telah dititipkan jua di Luh Mahfuz sana.

Amin.


p/s: eksersais itu boleh kurangkan stress. hohoho.. mari berpeluh!

Wednesday, June 20, 2012

pink! pink! pink!



tak sangka.. wane pink~

dapat warna yang didamba dambakan~

^_______________^

tak sabarnye.....................



this coming saturday~




p/s: tak lena tido.

Monday, June 18, 2012

psp putih




akhirnya~ 


psp putih~ psp putih~ psp putih~



p/s: sangat bermakna. ^________^


Sunday, June 17, 2012

isra' mikraj



"Semasa peristiwa isra’ mikraj
Rasulullah naik ke tangga langit yang ketujuh, lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s.
kepada Rasulullah, Nabi Ibrahim bersabda “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah umat yang terakhir dan amatlah dha’if, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga dengan La haulawala Quatta Billa.
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim a.s bersabda:
“Sampaikanlah salamku kepada umatmu, dan beritahu mereka syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu ; Subahanallah, Walhamdulillah, Wa la illa haillah, Allahuakbar, La Hulawala Quwatta Illa Billahi Azim. Bagi sesiapa yang membaca setiap kalimah ini, akan ditanam sepohan pokok didalam syurga.”



Esok isra' mikraj. Esok gak hari bapa. Nanti mula la ada yang gtau tak boleh sambut hari bapa pulak. Macam hari ibu. Bila cam ramai gtau tak boleh sambut, ak cam berbelah bagi. Apa maksud tak boleh sambut? 

Hari ibu aritu ak tak wish kat mak ak. Lam tenghari, ayah ak kol tanye nape ak tak wish. Ak cakap la tak boleh sambut. Pastu mak ak on call. Bila bercakap, mak ak cam kecik hati. Sebab sepupu ak sume dah wish kat makcik makcik ak. Ak je tak. Kan dah merajuk mak ak...

Time tu rasa bersalah yang teramat. Ak pe lagi.. kehujanan la..

Pastu petang tu ak kol mak ak lagi. Rasa macam ak buat dosa besar je. Ak cakap la, sampai hati mak ak cakap ak lupe. Ak tak penah lupa. Tapi ak cuma tak wish je. Ak sayang mak ak. Sayang sangat sangat. Ak diam je. Suara pun dah tersekat sekat. Mak ak je la yang cam beralah. Mungkin sebab perasan ak dah cam lain kot.

Jadi, petang tu jugak ak kuar, pegi beli hadiah. Hehe.. Dan dan je. Bukan pe, lagi pun untuk hadiah hari jadi mak ak skali. Weekend seterusnya, ak balik, bagi la satu hadiah beg berisi? Perfume~

Suka time tengok mak ak bukak kotak tu. Sebab kotak tu kena ikat dengan reben renda warna merah. Tadek harga yang dapat bayar senyuman gembira mak kita.. kan?

Dan untuk esok, hari bapa, bukan ak nak ikut budaya luar. Tapi tak salah ak rasa kalau ak nak gembirakan mak ayah. Tu tujuan utama ak. Sebab yang ak nampak, lagi banyak kesan baik dari kesan buruk. Kesan buruk? tah. Ak tak tau pun sejarah sejarah dulu dulu. Tak nak amek tau pun. Kesan baiknya, mak ayah ak epi. Redha mak ayah tu ada. Selalu ak gtau, mak doa doakan la ct murah rezeki, t dapat la ct bagi benda yang lagi bes. Dan ak tau, bukan harta yang dorang nak. Tapi ingatan tu..

Dan untuk ayah, selamat hari bapa ayah~ Sayang ayah sangat sangat. <-- macam ayah ak bace je blog ak ni
Dakpe. esok ct tepon ayh eh.. ^_^

Ayah ak, boyfriend ak. Kenapa boyfriend? Sebab ayah ak bukan setakat kawan baik. Tapi lebih dari tu. Ayah ak jenis tak berperasaan. Gtau pape, bukan nak amek port. Tak hirau. Jenis tak kisah. 

Tapi hari jadi ak, seminggu sebelum tu pun dia dah eksaited. Duk kol ak gtau minggu depan befday ak. Tiap kali ayah ak belikan ak pape, tak kisah la syampu baru pn. Tiap kali tu jugak la dia bersungguh sungguh cerita.

Bila ak balik, dia la orang yang salu buat lawak. Biapun tak berapa nak jadi. Dan, ayah ak la yang salu buat aksi tiru gaya model London Weight Management. Biapun perut dah ke depan, tapi bagi ak, ayah ak tetap encem.

"Ayah buncit pun, mak sayang~" ni la ayat ayah ak..

Ayah ak garang. Garang dia bila ak tak ikut cakap mak ak. Garang bila ak merajuk. Garang bila ak lambat solat. Garang bila ak mengaji sambil lewa.

Ayah ak pandai masak. Tapi tiap kali ak balik, memang salu dia suruh ak buat megi. Katanya ak buat sedap. Padahal... malas aa tu. hehe.. Katenye nak rasa pe yang ak masak. Nampak sangat cam tak yakin nak suh ak masak benda susah. Tapi ak tau, ayah ak tau yang ak memang tak pandai masak. haha! Sebab tu dia nak ak masak benda paling mudah. 

Macam mana la ak tak sayang ayah ak bila dia salu marah kalau ak bangun subuh lambat. Ayah ak kecik hati kalau dia tengok ak pakai pakaian yang dia tak suka. Ayah ak serius bercakap bilamana berkaitan dengan lelaki.

Sebab?

Katanya, ayah sayang ct, ct la satu satunya anak perempuan ayah. Ekgi, ct dah bukan tanggungjawab ayah.... Nak menangis tao bila dengar ayat ayah ak ni.

Untung mak ak dapat suami sebaik ayah ak. Dan tiap tiap kali ak balik, salu ak tanye ayah ak. Soalan mengarut. Soalan ape?

"Ayah sayang ct x?"

Jawapan ayah ak?


"Mesti la sayang....."

^_____________^





Jadi ayah, 



SELAMAT HARI BAPA~

ct saaaaaaayang ayah. Sangat.


p/s: Tears are prayers too. They travel to Allah when we can't speak..




Friday, June 15, 2012

pilates





PILATES


Termaksa dan memaksa. Dah dapat kol dari bonda, ct jangan makan banyak banyak. Kang baju raya dop muat ekgi.

oke.

Jadi, berusaha la kununnya membuang lemak lemak yang telah lama diternak di prot. Maka? Youtube jadi pilihan. Keyword, pilates for abs. Ak terjumpa video dari blogilates, intense ab workout.

Tu diaaa... Ternganga ak tengok dye buat gaya ala ala gimnastik.



how she do that...........................?



Ak tengok je pun dah rasa krem kat otot otot perut. Maka, ak stopkan video tu, bawak cursor pegi kat tanda x merah dan..





tido.
Related Posts with Thumbnails