Friday, April 27, 2012

isu macho

tetibe je kan buat tajuk menggelikan. Sementara tunggu pukul 9 nak berhiyah hiyah tunggu, nek bas pegi keje, ak nak menaip menaip kat sini kejap.

Isunya? Macho. Perkara yang nak ak sentuh?

Janggut.

Haritu masa ak pergi kat satu kedai farmasi, tetiba ak nampak pekerja pekerja dorang ni berkumpul. Ada sorang berdiri kat depan. Kuat suaranya. Ak pe lagi, mesti la nak tau kan. Jadi, ak pegi dekat, buat buat belek belek barang garnier. Kejoyahan betol. Yela, mane la tau dorang nak buat diskaun harga ke bulan sekian sekian. Senang la ak aim barang yang ak nak beli.

Tapi, rupa rupanya ak salah. Pekerja kat situ kena marah. Sebabnya dorang simpan misai ngn janggut. Tak kemas. Rupa penjenayah.

Pastu ak pegi tempat lain. Tak nak masuk campur. Tapi ak fikir, besar sangat ke kesalahan simpan misai ngn janggut? Bukannya dorang simpan macam encik Dumbledore.

Bagi ak sendiri, rupa seseorang yang ada sedikit bahan bahan tersebut nampak lagi sweet. Macho. Yela, lelaki je kan ade misai dengan janggut. Perempuan yang terlebih hormon testosteron tu kita abaikan kejap. Tapi pempuan yang ada misai dengan janggut, dorang bleh cukur sebab tak nak timbulkan fitnah.

Dah lelaki memang dijadikan camtu. Buat pe la buang sampai botak. Ak pun tak faham. Memang la kumpulan suju, FT island, one direction, Justin Bieber tadek sehelai pun. Dorang nampak ayu ayu gitu. Tapi, ce edit gambar dorang letak misai ngan janggut. Haha.. tetibe ak terbayang dah. Klakar. Oke padam balik. Bukan simpan sampai ke tumit tapi simpan cam orang cakap- just nice.

Dah dah.

Yang pastinya, nampak sweet. Macam ayah ak. Macho je. Nampak gagah. Kalau gtau camni kat ayah ak depan depan, wajib dapat banje kepsi nih!


"Dari Jabir berkata: Sesungguhnya Rasulullah lebat janggutnya". (Hadis Riwayat Muslim)


Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami". Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam), kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. "
(Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah)


"Abdullah bin Umar berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu".Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi

“Dan kamu menyangka suatu (dari Allah) itu ringan (remeh) sahaja, padahal dia pada sisi Allah adalah perkara besar”. (an-Nisa’ 14)


p/s: artis korea pun ade simpan janggut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails