Saturday, December 31, 2011

bukan penghujung

hari ni dah penghujung tahun 2011. Penghujung tahun masihi.

Dalam 12 bulan ni, bermacam macam kenangan. Dan ak rasa la kan, tahun ni la tahun yang betul betul membawa ak menginjak ke sempadan yang lain. Tahun dimana tak tidur malam duk ngadap projek tahun akhir, tahun mengenali siapa kawan, tahun di mana ak mula jadi mata duitan (harharhar!) dan yang paling penting, tahun istimewa buat ak dan family.

Kejap. Mata duitan tu bukan mata duitan duk cari sugar daddy pe sume. Hohoho~ Bukan ye. Tapi perasaan yang membuatkan ak rasa duit itu amat la penting. Tadek duit takleh kawen tao.. aayoookkk!

Gatal.

Bila difikirkan balik, rasa macam kejap je kan? Pejam celik, terguling guling, usia dah nak bertambah lagi setahun. Terfikir la jugak, apa pembaharuan, apa kebaikan, penambahan yang ak dah buat untuk diri ak dan keluarga ak. Keluarga ak cuma ada mak dan ayah ak je. Dekat situ la ak terfikir, apa sumbangan ak untuk mereka selama ak hidup 22 tahun ni? Ayat nak tacing.

Nak je ak masak tuk dorang, bia dorang just basuh tangan je, makan. Yang lelain tu bia ak buat. Pernah ak gtau camni kat mak ak- bila la kan mak nak rase pe yang ct masak. Sebab, cukup2 la 22 tahun mak masak tuk ct.

Jawapan mak ak?

Dia diam je. Pastu dia cakap- kalau mak mak orang len dengar mesti nanges. Urm? mak orang lain? She said that ada anak anak orang len yang tak tau siang ikan, geli nak potong bawang. Jadi, semua kerja dapur terpaksa mak yang buat sendiri.

Oke. Ak paam. Mak ak nak cakap kat diri sendiri la tu. Nak cakap bangga ngan ak eh? Cuma nak kaver je. At that time, ak tak pandang pun muka mak ak sebab ak tengah siang ikan. Mak ak pulak tengah kacau kuah. Masing masing macam layan perasaan. Kalau boleh, time tu ak nak peluk mak ak kuat kuat. Tapi, cam biasa, ego. Alaa... lagipun tangan kotor. Takkan la nak peluk peluk kan.

Anak mana yang tak nak buat yang terbaik kan tuk mak ayah? Dan tak semua yang dapat nikmat kasih sayang seorang ibu dan ayah bila dah makin dewasa. Sebab? Mereka dan mula pergi mengadap Illahi. Jadi, sementara nafas masih berbaki, usaha la untuk bahagiakan ibu dan ayah yang tercinta.

Time taip ni, rasa rindu yang teramat la pulak kat mak dengan ayah. Haaa... orang len duk rindu kat pakwe, makwe. Ak? kat mak ayah je kan. Hehe.. Selagi ak masih tanggungjawab dorang, bia la mak ayah ak je yang ada dalam hati ak selepas Allah dan Rasul.

Ak perempuan. Mungkin lepas ni akan ada yang menggantikan takhta ibu dan ayah. Time tu kewajipan dah tertulis dalam mana mana kitab untuk memikul tanggungjawab.

Penghujung tahun yang cukup bermakna dalam melakar satu lagi warna. Rahsia yang dah lama ak simpan dari mak dan ayah ak pun dah tak lagi ak pikul. Biarlah mereka yang putuskan dan biarlah mereka yang uruskan. Tugas ak sekarang, bahagiakan mereka.





No comments:

Related Posts with Thumbnails