Tuesday, November 29, 2011

untung

Dah dekat hujung tahun, wajib la ade sale kan. Penjimatan habis habisaaaannn~~

Jadi, nak je ak note kan dekat sini penjimatan habis habisan ak. Jadi, kalau terjumpa harga yang lagi murah dari apa yang ak nak gtau ni, jangan segan silu, grab the chance!

Tak banyak pun yang ak beli barang sale sale ni. Tapi, boleh la menyenangkan hati ni. Haesh! Keinginan tol la.

Barang pertama. Nivea sparkling white pore minimizer.

Haa.. macam ni la rupanya. Tapi yang ni acne oil control. Yang ak beli tu pore minimizer. Puas ak cari kat tenet, tapi tak jumpa gambar pore minimizer tu.

Oke. Back to the story. Pencuci muka ni, 50g, harganya RM 8+. Kalau 100g, harganya RM 13.90. Jadi, ak nak la beli yang 13.90 tu. Sebab time tu tengah sale. Tapi, ak tanye salesgirl kat situ, betul ke harga dia memang camtu RM 13 something. Bila dia scan, harga lagi mahal dari tu. Aiseyh! Buang mood la kak!

Jadi, ak dengan berat hatinya, meredhai je harga yang lagi mahal dari RM 13.90. Tak lama pastu, tetibe je mata ak terpaku. Ada satu promotion, 2 tiub, satu 50g dan satu 100g. Dua-dua ni dijual dengan harga RM 8.80. Pek berkembar. Hape lagi, teruih grab la! Bes bes. Rasa macam bahagia je. Tapi! ak tengok gak tarikh luput. Mana la tau kan, kot kot promotion sebab nak habiskan stok.

Maka, ak tersenyum puas. Dari harga +-RM 22, ak dapat dengan harga +- RM 9 je. ha! ha! ha!

Next!

Buku! Ade sale kaw kaw la dari kedai buku Popular. Dari potongan 25% sampai la 80%. Jadi, wajib wajib la ak pegi kat rak buku yang sale 70% - 80%. Nak jimat.

Ni la buku yang ak beli masa hari first ak pegi sale buku tu:-

Hari pertama, buku ni yang ak beli. Mudah. Simple. Sale kali ni 30%, maka? Ak dapat bli dengan harga RM 20+

Buku kedua dan seterusnya, ak beli 2-3 hari sale tu nak abes;-


Buku ni potongan harga 70%. Maka? ye! RM 3.87 je. Harga sebenar? sila la congak.

Buku kedua dan ketiga namanye Asean dan Japanese. Masing masing dengan potongan 70% dan ak dapat dengan harga RM 2.97 setiap satu.

Time bayar tu, just keluarkan not merah sekeping. Tu pun dapat balance lagi. Penjimatan berganda! Gelak lagi sekali! Ha! Ha! Ha!


Ni la buku bukunya. Usaha mencuri hati ibu mertua. Harap berhasil la. Fightin!

p/s: ye ye je ibu mertua. Ibu mertua satu subjek yang menakutkan. Jadi, ada calon ke tak, persediaan itu perlu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails