Saturday, November 20, 2010

penat raya haji

entry ni maybe panjang sebab aku nak bercerita. cerita haruslah panjang. macam fairytale, kalau tak panjang, tak happy ending, tu bukan la fairytale kan? dah nisah. dah. sila sambung menaip.


sampai kolej pukul 1 pagi semalam. dah la lupa nak bawak sweater. jadi, dalam bas tu memang jadi tupai berhibernasi la. tapi tak lena pun tido sebab orang sebelah duk bising krroohh~ krooh~. kang klo aku tertido terlentok kat bahu dia macam mana? ini bukan drama korea oke. maka aku terbuat la aksi head-banging kat cermin bas. lebih 20 benjolan dan bengkak sebab terhantuk2 cermin tingkap bas tu. kaki pulak krem sebab duk tahan ayu. ye la, kaki orang sebelah masuk line aku. jadi patung la time tu. tak boleh nak bergerak. sekali dengan air-cond yang sejuk tahap artik ditambah dengan hujan lebat.

oke. flash back 2-3 hari lepas pulak.

sampai terminal mbkt pukul 9 malam. hari tu 9 zulhijjah. bukak puasa dengan 2 teguk air mineral je. makcik dengan hubby dye yang jemput aku balik. she gave me air choc. waa~! she know my fav! tetibe je kan tingat kat bonda. hurm..

sampai umah tok je, salam cium tok and then borak2 kejap pastu pegi umah makcik. tido sana. macam pelarian je aku ni. sabo je la.

pagi raya, siap2, then makcik suh bekfes. memula nak tolak sebab pagi aidiladha sunat makan lepas smayang raya kan.. tapi sebab makcik aku beriye2 suh aku duduk, macam tak sampai hati la pulak. then, semayang raya with makcik aku yang lagi satu with her son. kazen2 aku yang lain tak balik sebab exam. aku je la yang beriya iya nak balik kampung. bonda pun larang aku balik. tak nak menyusahkan makcik makcik aku yang lain. tapi macam biasa, aku kan degil. degil aku bukan sesaje. tapi aku kesiankan tok aku. biarlah aku jadi wakil dari keluarga aku balik raya. dah la mak ngan ayah tadek.

balik smayang, tengok orang korbankan lembu. makcik2 ngan pakcik2 aku sume amik bahagian korban tahun ni. makcik aku yang lagi sorang buat aqiqah. penat kot duk siang bawang sume, potong2 daging, angkat periuk sume sebab tenaga kerja kurang. penat~

petang pulak aku mintak izin tok dengan makcik nak balik rumah. takpe la mak dengan ayah tadek. at least kucen2 ade. hehe. sampai je rumah, tengok kucen2 aku sume ade. bulat2 sebab hari hari makcik ngan pakcik aku bawakkan makanan dan bukakkan lampu rumah. rumah tu nampak basi. dengan daun2 kering, bekas kaki kucen penuh kat porch umah. air ikan berenang2 dah nak melimpah kuar kat lubang tu. ranting ranting kayu, daun daun kering kat pokok yang dah mati pun dah tak terurus. maka? ye.. jadi la aku tukang kebun kejap.

dalam rumah? penuh dengan habuk + bulu kucing sebab tingkap blakang sebelum ni tak tutup. aku la yang nanges2 suh makcik aku bukak sebab nak bagi kucing aku kuar masuk. sebab? sebab ade kucing jahat suke benor gadoh giget2 tarik2 bulu kucen2 aku. kesian kucen aku tu.. akibatnya? satu rumah la penuh dengan bekasan2 dan bau2 yang kurang menyenangkan sebab kucen jaat tu kejar kucen aku sampai ruang tamu. sebab ketakutan, kucen aku melepas la. hadoi!


tapi aku tak sempat nak bersihkan. sapu2, bakar2 daun sume tu pun dah macam nak separuh nafas. penat! kat pasu pun dah penuh dengan rumpai2. haha.. bunyi macam belajar kemahiran hidup je bila taip rumpai. then, tanak nasi + rebus ikan tuk kucen2 aku. smentara tu bagi kucen makan whiskas~ tengok jam, upenye2 dekat 4 jam aku menggajikan diri. online kejap sebab nak cari no phone kereta sewa. kul 6.40 petang, balik umah tok. malam tu, aku mulakan operasi ber-mesej. dengan sape? ntah. aku pun tak tau. nak cari kereta sewa. aku tak gtau pun kat makcik, pakcik ngan tok yang sebenarnya tadek sape pun yang amik aku 1 pagi kat terminal 20hb t. 10 orang aku mesej orang yang buat servis kereta sewa, cuma 2 je yang reply tapi 2-2 tak bley bagi sewa.

mula la nak buat adegan air mata kat bantal sebab aku takut nak naik teksi malam2. kalau aku kena jual macam mane? haha... nk tergelak bila fikir balik. malam tu aku tido seblah tok. tok gtau, tido2 la.. dah malam. nak je aku gtau masalah aku. tapi tak boleh. t smua orang risau. tapi pagi tu, aku gtau tok.

"tok, ct balik kolej dengan teksi kot t. kereta tak bleh nak sewa.. tok xpayah la risau eh.."

esoknya, tok dah gtau kat makcik2 ngan pakcik2 aku yang nanti aku balik kolej ngan teksi. haiyya!! tok ni.. oke2. pagi tu jugak, rutin biasa, tolong makcik masak2 sume, kemas2, then balik rumah. hati tak tenang la tengok rumah macam tu. berterabur. tak terurus. tetibe kan bisik dalam hati -- mak.. cepat la balik. tak sanggup tengok rumah macam ni. tacing2. oke. sampai rumah, niat nak cantas pokok, nak tabur baja sume tapi hari ni aku nak fokus dalam rumah. senjata? mop, penyapu, baldi, downy, ajax, fabreze. mop~

first round: air paip.
second round: air + downy.
third round: air + ajax.
fourth round: fabreze antibacteria
fifth round: fabreze yang kaler biru tu..


siyes penat. tapi macam besh sebab mop sambil berlari2 dalam rumah. wee~ wee~
lagi satu kucen2 aku pun macam pelik tengok aku. sebab aku rajin sangat? haha. rumah dah bersih. wangi. look good and feel great! <-- ayat iklan mne tah aku cedok. then lap2 pasu, tv, almari, kerusi, meja. sume dah berhabuk. baru bape minggu je mak ngan ayah tadek. haesh! balik rumah makcik pun dah nak dekat maghrib. dan ye! saya sangat penat. nak sapu2 daun kat luar pun tak sempat. buat keje luar rumah, dalam rumah tak sempat nak kemas. buat keje dalam rumah, kat luar rumah pulak tak sempat nk sapu.

last day, dapat tau yang ade kawan yang nak tolong amikkan kat terminal. yey!! maka satu rumah la aku gtau. yey! yey! no more fear~ <-- muka sombong.


pastu bonda call. waa~ rindunye! tapi dalam gelak2, tetibe kan aku terdiam. aku dengar je apa yang bonda gtau. suara ayah pun ade dengar skali. bergenang kejap. mish sangat2. lepas je letak, trus gtau makcik + pakcik + smua yang ade dalam rumah tu yang bonda kol~ aku duduk depan tok pastu mula la aku bercerita apa yang aku bbual ngan bonda tadi. haha.. macam budak kecik je aku nih. bila fikir2 balik, macam memalukan la pulak. aku ni salu je terlebih excited. bley pulak kan tok layan aku yang duk excited bercerita tu.. balik rumah kejap, amek barang then time nak balik rumah tok, hujan leeeebat sangat! macam mana ni? pakcik aku ada call, kalau nak balik rumah tok, call balik, sebab nak datang amik aku. prinsip aku? selagi aku bley buat sendiri, aku cuba buat sendiri. maka, lepas plok cium kucen2, aku berpayung la meredah hujan sorang2. sejuk. sampai je kat sana, sume orang macam terkejut sebab aku balik jalan kaki. haha.. rilek2. im oke~


naek bas pukul 8.30mlm, sampai terminal kuantan pukul 12 lebih... yang aku dapat conclude kan, raya kali ni memang betul betul uji kesabaran dan aku takkan lupa semua ni. terima kasih~ sayang semua.

p/s: cepat la balik...

No comments:

Related Posts with Thumbnails