Monday, November 22, 2010

heart beat



tapi ni beat yang normal. tapi jantung sekarang memang tak normal.
berdegup kuat. laju. bercakap pun macam tak betul. buat segala kerja pun macam tak tentu arah. lain yang orang tanya, lain yang aku jawab.

susah nak kawal. medula oblongata aku bermasalah ke?? waa!!! hati tak tenang, fikiran tak tenteram, tidur pun tak lena. nak main game pun macam tak bersemangat.

nak cari jawapan sebab musabab aku jadi macam ni~ jom eksperimen!

p/ubah manipulasi: tarikh
p/ubah bergerak balas: heart beat
p/ubah dimalarkan: facebook, games, blog

hurm.. harap harap pembentangan projek sarjana muda aka final year project berjalan lancar. cepat la abes... dah tak tahan! jantung macam nak melompat terkeluar je ni.. <-- macam dalam cite the mask.

tapi, aku yakin. presentation psm bukan satu2nya penyebab aku jadi macam ni.

jadi? solution? pada Dia la kan tempat nak mohon pertolongan...
meh2 kite doa sesame............



hurm.. pelik. heart beat dah slow down dah.

" Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."


p/s: oatmeal mengurangkan risiko penyakit jantung. dan! jangan merokok~ -pesanan ini tidak ditaja-

No comments:

Related Posts with Thumbnails