Thursday, November 18, 2010

abes raye..

2 hari lepas, dalam teksi

"sorang je?" driver teksi tanye bila dia nampak aku nak masuk teksi
"em. sorang je.." =)

"macam mana dapat no phone saya ye??"

mula la ligat otak aku cari gali idea--> nak panggil pakcik ke abang ni? kang klo panggil pakcik nampak melampau sangat. tapi kalau panggil abang macam gedik pulak aku nih. fikir nisah nak panggil ape. fikir. fikiiiirr~!


"urm.. no phone 'encik'...? saya dapat dari rumet saya" haha.. terkeluar jugak perkataan 'encik'.

-sunyi-

-10 saat kemudian-

"OWH!! ye ke..??"
mak ai.. terkejot ak. suasana sunyi je pastu tetibe je terkeluar perkataan 'OWH!!'. aku terkejut sampaikan aku peluk bag laptop aku tu kuat kuat. mengucap panjang kot.

"ni encik jamal kan??"

encik tu tak jawab pun. xpe la. tak dengar kot.

-10 saat kemudian-

"JAAFAR! saya jaafar!"

dah tak jadi terkejut dah tapi macam nak terputus urat perut aku tahan gelak. hadoish! tapi takkan la aku nak gelak kan. kang incik tu pikir ape pulak gelak sorang sorang dalam teksi tu. sebab pe la lambat benor encik tu jawab soalan soalan aku. rasa rasanya aku dengan incik tu je dalam teksi tu. dekat. tak jauh pun jarak kitorunk. lepas tu, aku dah tak nak tanye soalan dah. takot aku yang tak dapat nak tahan gelak kalau encik tu jawab 10 saat lambat lagi...

kenapa eh encik tu macam tu? incik tu gabra dengan aku eh? tak.. saya tak buat pape pun kat incik. tak ada niat pun nak samun encik. niat nak buat rampasan teksi pun tak terlintas. encik jangan takut eh pasni.. saya mintak maaf kalau saya mengundang ketidakselesaan diri encik.

time tu, terpaksa aku campak pandangan aku jauh jauh kat luar tingkap teksi. tarik nafas dalam dalam sebab tak nak aku buat perkara yang akan memalukan diri sendiri. tahan nisah.. tahan. kuatkan semangat. biar pecah di perut, jangan pecah di mulut ha ha ha tu...

ape ape pun, esok dah nak balik u. hari hari yang sangat penat. tak sangka raya haji tahun ni macam ni jadinya. yang shweet pun ade. suke! suke! ^^




p/s: macam mana nak padam iklan kat facebook yang ni eh? sangat2 menjengkelkan. geli. nak sepak2 je rasanye. ye. saya tak perasan sebab saya sedar siapa la diri saya ini. *ayat tacing jap*

1 comment:

Lelaki Ini said...

hahaha
menakutkan encik tue!

Related Posts with Thumbnails