Wednesday, September 1, 2010

3 hari dan peristiwa

banyaknye benda dah jadi. berita buruk. berita baik. semua bercampur. teradun canteq. perkara pertama aku nak taip kat sini, tentang ramadhan. dah nak abes dah ramadhan. bangun, g klas, tekan tekan laptop, klik klik mouse, tdo, tup tup ramadhan dah nak pergi...

ramadhan kali ni banyak betul cubaan untuk ayahanda. genap 40 hari ayah pergi, mak pulak sakit. hari bonda tetiba kol aku ritu gtau tok kena strok, sebenarnya hari tu hari tok meninggal. bonda tak nak aku terkejut. tapi aku dapat rasa. instinct aku kuat gitau yang tok dah tadek. maghrib tu aku kol ayahanda, ayahanda gtau ayah ada kat rumah tok. bonda? bonda buka pose kat umah makcik aku- knduri arwah mungkin. itu klu paling kuat tuk aku simpulkan pemergian tok.

malamnya pulak aku pergi terminal, nak balik. naik bas kul 1.45 pagi. dari pukul 1.20pagi, bas x sampai2. last2 pegi tanya kat kaunter dan encik tu macam marah.

"awak beli tiket ni kat mana? bas ni bas 2 tingkat. datang dari batu pahat. ntah datang ntah tak bas tu. awak tunggu je la..."

perasaan aku? dah la aku balik tu bukan sesaje. bukan aku nak balik semata mata ikut hati sebab aku nak balik rumah. tapi sebab jauh dalam hati ni aku harap sangat aku dapat jumpa tok mungkin untuk kali terakhir biarpun hati ni berperang dengan perasaan yang aku dah tak sempat nak jumpa tok.

aku ajak sahabat yang temankan aku time tu balik kolej. tapi diorunk suruh tunggu. kalau bas tadek kul 2, baru kite balik. 1.45 pagi baru bas tu sampai. kat tempat tunggu bas tu, aku je yang duk situ. sape yang tak takut? dah la ade orang tak betul duk tunjuk benda bukan2. aku sorang je yang naek bas tu. doa je la yang dapat tenangkan hati. sampai pkul 5.15 pagi. 2 orang perempuan je yang ada dalam bas tu rupanya.. banyak benda yang jadi. tapi takpe lah.

then, sambutan kemerdekaan. terima kasih kepada semua yang bekerjasama. hari yang sangat penat sebab sehari sebelum tu aku baru sampai dari rumah pastu trus jalan2 beli barang. komen aku dari peristiwa yang berlaku malam kemerdekaan? terkilan dengan sesetengah pihak yang agak lepas tangan. majlis tu majlis bersama. tapi? bersama ke? kekitaan ke? jangan sesekali guna ayat yang akan membunuh diri sendiri. tak perlu. tapi takpe sebab ada yang pertahankan, serangan bertubi tubi kepada pihak perkenaan. waaa!! puas ati! puas ati! puass!! har har har! <-- tetibe mood merubah. haesh! oke2.. diam. diam.

semalam? semalam aku cukup terasa dengan sesetengah pihak. mungkin bukan ditujukan untuk aku. tapi sebagai seseorang yang dekat, bahang tetap tertampar kat muka ni. sanggup kan pihak tersebut keluarkan kata kata macam tu? sampai hati ayat macam tu terzahir di bibir seorang pemimpin. aku terkilan. sangat sangat. lembut lidah melahirkan kesenangan pada seseorang. tapi lidah juga boleh menghiris sekeping hati. apa gunanya pedang yang tajam kalau gunanya untuk menitiskan air mata seseorang? apa hebatnya seseorang kalau sekadar untuk tegakkan apa yang terselindung? kita dah dewasa. bila bercakap, biarlah datang dari fikiran yang disuluh kesabaran, bukan datang dari hati yang mentah menjunjung emosi.

hari ni? alhamdulillah.. malam ni selesema dah kurang. suara rock yeyeyyhh dah kurang. panas badan dari semalam pun dah oke. sakit kepala je ade cket2. cukup la sehari semalam duk berbungkus ngan comforter. so.. malam ni? muvi? nonono.. tak men r muvi2 ni. kite? ye..? ape..?

ye!!

maen game~ suke! suke! saye suke itu!!

malam ni nak pilih undead. serang~!!

p/s: panadol soluble. x suke itu!


Related Posts with Thumbnails