Thursday, April 15, 2010

m.a.a.f

4 abjad yg kadang-kadang susah nak dilafazkan. mungkin susah diungkapkan oleh mereka yang ego untuk menzahirkan perasaan. mungkin juga sukar untuk diucapkan oleh mereka yang terlalu hipokrit dalam satu hubungan.

persinggahan ak dsini bukan untuk melampiaskan rasa marah, rasa kecewa tapi untuk memujuk diri ini supaya memahami mereka. bila berjanji, sila tepati. bila bercakap, sila diaturkan dengan budi bahasa bukan mengikut emosi luar akal. sabar.

mungkin mudah untuk mengarah. bila jari telunjuk menjadi raja, perasaan hebat muncul di hati. tapi sebagai pemimpin, nilailah mereka yang dalam jagaan dengan pandangan kasih sayang. tak jatuh air muka bila mengaku diri salah. tak tergadai nama dan pangkat andai perkataan maaf terzahir di bibir.

apa yang ak ingin sampaikan di sini, bukanlah ak memaksa atau mengungkit perkara maaf. tapi cukup untuk pemimpin ini sedar bahawa ak menghormati dia. ak sayangkan dia. ak bangga mempunyai seorang pemimpin yang hebat. tp ingatlah, hebat seorang pemimpin bukan kerana kuasa yang ada padanya, bukan kerana hebat bermain kata atau kerana manis memikat hati pengikut, tp hebat kerana budi bahasa dan hebat pemikiran yang tidak dikotori dengan perasaan tinggi diri dan angkuh.

sekali lagi ak tekankan, niat hati ini bukan untuk menuding jari menyalahkan sesiapa. tapi sekadar peringatan kepada diri sendiri. mungkin kadang-kadang kita terlupa siapa diri kita sendiri sehinggalah ada mereka yang berjiwa berani menegur dan membetulkan kesalahan kita. tak hina seorang pemimpin andai ahli jagaannya menegur.

Rasulullah sendiri menerima teguran ketika peristiwa bermulanya sujud sahwi.

صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ خَمْسًا

فَقِيلَ لَهُ أَزِيدَ فِي الصَلاَةِ؟ قَالَ: وَمَا ذَاكَ؟

قَالَ: صَلَّيْتَ خَمْسًا فَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ بَعْدَ مَا سَلَّمَ.


Andai Rasulullah yang agung menerima teguran sahabatnya, apatah lagi kita sebagai umatnya?

p/s: renung-renungkan dan selamat beramal! ^_^

2 comments:

Afifah solehah said...

syg ak cam paham jep..mesti dating x jd..kih..sabar ye..think +ve :)♥♥

daznyte said...

tu ah.. bkn men lg ak tukar schedule ak semata2 tuk dye..
last2 jd cmtu... haesh! hati.. sila sabar.

Related Posts with Thumbnails