Wednesday, January 13, 2010

kerana ak manusia biasa

kadang2 Allah turunkan musibah kepada kita. puas kita menangis, kita bersedih ngan apa yg berlaku. mungkin pada masa itu kita belum dibukakan pintu untuk melihat apa yang Dia berikan kepada kita. Apa jua yang dah pergi, dah hilang dalam hidup kita, mmg susah kita nk terima, mmg sukar untuk kita lepaskan. tapi Allah xkan menguji hambaNya dengan sesuatu yg kita x berdaya. Allah tau kita kuat, sebab itu Allah berikan kita musibah ni.

Ibu, Ayah, sahabat dan org yang kita sayang smuanya hamba Allah. smua tunduk dan sujud kepada Dia. mungkin seminit tadi kita bergelak ketawa dengan mereka yang kita sayang, dan mungkin sedetik yang laen Dia dah mengambil nikmat tu. Mereka hamba Allah. Jika ak kehilangan mereka, sekurang2nya, ak masih ada Allah. Dialah yg kekal.

ketahuilah....

Saat kita menangis, Dia yg menyeka air mata kita.
Saat kita sedih, Dia yg tenteramkan hati kita.
Saat kita sepi, Dia ada bersama kita.
Saat kita jauh, Dia dekat dengan kita.
Saat kita keseorangan, Dia selalu memerhatikan kita.
Dia takkan tinggalkan kita biarpun semua manusia pergi. Dan Dia sentiasa memaafkan kita selagi kita sujud bertaubat kepadaNya.

tenangi hatiku. lapangkan jiwaku. kuatkan imanku. tabahkan perasaanku.
Related Posts with Thumbnails